"Dermatoglyphics boleh mendedahkan kualiti yang wujud
dan bakat yang ada dalam diri anda.
Ia dianalisis dan disahkan dengan fakta
dalam ilmu antropologi, genetik, perubatan dan statistik."
Dermatoglyphics merujuk kepada cabang sains dalam kajian corak kulit (dermis) pada jari manusia. Ia mendedahkan kaitan kongenital antara jari dan kualiti intrinsik dan bakat kita. Pola bentuk cap jari ini terbentuk semasa peringkat pembangunan janin iaitu pada minggu ke 13 hingga minggu ke-21 dalam kandungan ibu. Pola dan corak yang tersendiri ini mempunyai kaitan dengan pembentukan genetik seseorang dan amat berkait rapat dengan sistem saraf kita.
Pakar-pakar perubatan dan ahli sains telah menemui bahawa jumlah sel-sel otak terbahagi di bahagian tertentu otak. Penemuan ini membantu kita untuk memahami kecerdasan seseorang individu, personaliti serta keupayaan potensi semula jadi mereka.
Cap jari membantu mendedahkan kepada kita apa potensi yang kita miliki, bagaimana cara pembelajaran, apa karakter serta bagaimana untuk mentransformasi kehidupan melalui pendekatan yang holistik.
Ilmu dermatoglyphics telah diperkenalkan pada tahun 1926 oleh Dr. Harold Cummins, yang dikenali sebagai bapa Dermatoglyphics. Sebelum ilmu ini diketengahkan, konsep pengenalan cap jari telah digunakan beberapa tahun sebelumnya. Kajian Dr. Harold meliputi setiap aspek dan setiap analisis cap jari bermula dari antropologi hinggalah ke genetik dan kajian embriologi.
No comments:
Post a Comment