Dr. Howard Gardner dalam teori Multiple Intelligencenya telah membuktikan manusia memiliki pelbagai kepintaran. Beliau telah memperkenalkan teori 9 kecerdasan utama. Semua kecerdasan ini ada dalam diri manusia. Oleh itu, 9 kecerdasan ini perlu diberi peluang untuk dibuktikan kerana ia teras kepintaran yang ada dalam diri manusia untuk menyempurnakan kehidupan seharian. Kemahiran interpersonal, kemahiran alami, kemahiran visual dan lain-lain lagi sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Adalah tidak wajar hanya menilai kemampuan manusia hanya berdasarkan pada ujian tradisional IQ semata-mata.
Dr Howard Gardner juga menekankan supaya setiap individu berusaha mengembangkan 9 kecerdasan utama ini ke suatu tahap yang kompeten. Ia boleh dilakukan melalui pendidikan dan latihan. Bermula dari kecil, ibubapa wajar memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan anak-anak untuk meneroka 9 kecerdasan ini. Penguasaan oleh anak-anak ini bermatlamatkan agar mereka benar-benar menguasai kemahiran penting untuk mahir menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan keperluan dan situasi serta menghasilkan out put yang efektif.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting”
(Gardner 1983)
Di Malaysia, Multiple Intelligence ini sedang diterapkan dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui salah satu elemennya iaitu Pembelajaran Abad ke 21 telah mula mengaplikasikan teori Multiple Intelligence dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
ANALISIS BIOMETRIK membantu untuk mengenalpasti kecenderungan Multiple Intelligence ini dalam diri anda dan juga anak-anak anda.
Kenapa perlu kenalpasti? Tujuannya ialah untuk membolehkan anda tahu kecenderungan utama tersebut dan menggunakannya dengan lebih baik dalam kehidupan. Sebagai contoh, anak-anak yang mempunyai kecenderungan Kecerdasan Linguistik yang tinggi boleh diberi pendedahan sejak dari kecil. Ibubapa boleh membeli untuk anak-anak berkecenderungan ini buku-buku yang mempunyai fungsi pen audio atau alat mainan yang mengeluarkan bunyi. Kenapa? Anak-anak yang memiliki kecerdasan linguistik yang tinggi suka kepada bunyi. Mereka juga suka berbincang dan mendengar. Jadi ibubapa perlu sediakan ruang untuk sentiasa bercakap dengan anak-anak ini bagi meraikan kemampuan mereka. Apabila pemahaman seperti ini ada pada ibubapa, anak-anak akan rasa mereka dihargai. Di saat ini, keupayaan penerokaan mereka menjadi lebih pantas dan mereka akan jadi lebih konfiden. Daya konfiden dan yakin diri ini penting untuk anak-anak membesar dan menjadi insan yang lebih berjaya.
membolehkan anda tahu kecenderungan utama
Multiple Intelligence
Multiple Intelligence
dalam diri anda. Rajah ini berbeza berdasarkan hasil analisis setiap individu
Hubungi kami di 012 683 4763 untuk Analisis Biometrik anda.
Hubungi kami di 012 683 4763 untuk Analisis Biometrik anda.
Sekarang, ayuh kita kenali dengan lebih lanjut mengenai Multiple Intelligence ini.
No comments:
Post a Comment