Tuesday, October 4, 2016

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot yang mengawal pergerakan kecil pada tangan manusia. Ada sesetengah individu sangat bagus dan berpotensi dalam kemahiran ini. Oleh itu, mereka sangat berbakat dalam menghasilkan seni halus.

Adakah anak anda mempunyai potensi dan bakat dalam kemahiran motor halus ini? Analisis Biometrik boleh membantu anda mengenalpasti bakat ini sejak dari usia kecil lagi. Anak-anak yang mempunyai bakat dalam seni halus ini perlu diberi bimbingan dan dorongan yang betul. Kejayaan mereka melakukan hasil kerja yang menarik mampu memberi kesan pada motivasi diri dan keyakinan untuk meneroka lebih banyak kejayaan.


Antara contoh aktiviti asas kemahiran motor halus ini ialah membuka butang baju, membuka pek bungkusan makanan atau menggunakan pensel atau gunting.

Kecekapan kemahiran motor halus ini akan mempengaruhi kualiti hasil kerja serta prestasi kecekapan menyelesaikan tugas yang halus. Koordinasi yang baik antara otot tangan dan mata sangat mempengaruhi penguasaan kemahiran ini. Video di atas menunjukkan kepada kita bagaimana seorang yang berbakat dan bagus kawalan motor halus mampu menghasilkan lukisan yang cantik dengan menggunakan teknik yang betul.

Kemahiran motor halus sangat penting untuk menyempurnakan tugasan harian. Anak-anak perlu dibimbing untuk berlatih menggunakan motor halus mereka. Ia sangat mudah dengan melatih mereka melaksanakan tugasan rumah seperti melipat pakaian, membersih gigi selain aktiviti melukis dan menulis. Aktiviti seharian ini turut melatih disiplin dalam diri anak-anak selain mendidik rasa tanggungjawab dan kemampuan berdikari.

Aktiviti anak-anak untuk melatih kemahiran motor halus :

  1. Kemahiran menggunakan pensel seperti melukis, mewarna, menulis
  2. Kemahiran memotong dan menggunting (perlu kawalan individu dewasa)
  3. Kemahiran membina dan membentuk seperti menyusun puzzle, lego, mainan tanah liat, origami 
  4. Kemahiran penjagaan diri seperti ikat tali kasut, ikat rambut
  5. Kemahiran menghasilkan cenderamata dan kad ingatan

Kemahiran motor halus yang tidak dilatih dan digilap boleh mengundang:
  1. Kesukaran memenuhi kriteria akademik kerana kemahiran menulis yang lemah dan cepat hilang tumpuan serta keletihan
  2. Tekanan emosi apabila melihat rakan seusia boleh menghasilkan sesuatu yang cantik
  3. Kesukaran membentuk huruf dan menulis dengan baik
  4. Kesukaran menjawab peperiksaan bertulis dan terpaksa mengambil masa untuk menulis dengan baik
  5. Kesukaran bersaing dalam alam pekerjaan yang menilai bentuk tulisan yang kemas
  6. Kesukaran menaip dengan cekap
  7. Kesukaran melakukan tugasan harian yang melibatkan penggunaan otot motor halus

Untuk mendapatkan laporan Analisis Biometrik berkaitan potensi anak anda, hubungi kami di 012 683 4763 SEGERA!

No comments:

Post a Comment